Bagi saya 'cool down' dulu: Bung Moktar

Bung Mokhtar Radin.
Bung Mokhtar Radin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Bung Moktar Radin mengambil pendirian berdiam diri susulan kritikan dilemparkan terhadapnya berhubung pelantikan sebagai ketua Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bung memberitahu, beliau mahu mengambil tempoh bertenang sebelum memberi sebarang komen mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mahu menyingkirkannya daripada tugas itu.

“Saya belum mahu komen apa-apa. Bagi saya 'cool down' dulu,” katanya seperti yang dilaporkan Astro AWANI hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 'Keputusan Presiden UMNO langgar semangat autonomi Sabah'

Malam tadi, Abdul Rahman dalam satu sidang media tergempar bersama beberapa ketua UMNO Bahagian dari Sabah menyifatkan keputusan meletakkan Bung Moktar mengetuai jentera bagi menghadapi PRN Sabah sebagai satu tindakan 'bunuh diri'.

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengkaji semula keputusan melantik Bung Moktar.

Abdul Rahman mendakwa Bung Moktar sedang dibelenggu dengan perbicaraan kes mahkamah, justeru akan menyebabkan UMNO Sabah berada pada kedudukan tidak stabil untuk memenangi hati rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid serah kepada BN Sabah pilih Ketua Menteri

Artikel Berkaitan: