Misteri bau busuk terjawab

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Serdang.
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Serdang.
A
A
A

KULIM - Misteri bau busuk akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemui dalam belukar dekat Jalan Terap, Serdang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim berkata, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan terbabit setelah menghidu bau busuk dan ternampak sebuah motosikal jenis Modenas tersadai di tepi jalan di lokasi terbabit pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal kemungkinan hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam belukar.

Motosikal mangsa ditemui tersadai dalam belukar oleh orang awam.
Motosikal mangsa ditemui tersadai dalam belukar oleh orang awam.

"Mangsa dipercayai datang dari arah Terap menuju ke arah Serdang sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

"Orang awam yang melalui jalan terbabit ternampak motosikal mangsa, selain terhidu bau busuk sebelum memaklumkan kepada polis," katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai terhumban ke dalam belukar sejauh kira-kira tiga meter dari bahu jalan.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya kejadian berlaku dalam tempoh 48 jam berdasarkan keadaan fizikal mayat

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang. Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat," katanya.