Empat restoran gagal patuhi SOP dikompaun

Salah satu restoran yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan dalam operasi di Kepala Batas hari ini.
Salah satu restoran yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan dalam operasi di Kepala Batas hari ini.
A
A
A

KEPALA BATAS - Tiga restoran nasi kandar dan sebuah restoran mi popular di sini dikenakan kompaun kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain empat premis itu, sebuah restoran nasi kandar lagi dikenakan notis amaran kerana kesalahan sama.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua premis itu dikenakan tindakan tersebut dalam Ops Bersepadu yang dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula jam 2 petang tadi.

Menurutnya, polis mengeluarkan empat kompaun, manakala KKM mengeluarkan dua notis penutupan selama tujuh hari dan tiga notis amaran kepada kesemua premis tersebut.

"Ketika pemeriksaan, kita mendapati semua premis tidak mematuhi SOP. Antaranya tidak mengambil suhu pelanggan selain tidak menyediakan pengesanan kontak iaitu aplikasi MySejahtera.

"Ada juga antara premis itu tidak mencatitkan butiran pelanggan dan tidak memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: