Seorang maut, enam cedera nahas tiga kenderaan

 Nahas membabitkan tiga kenderaan di Ulu Tiram pagi tadi. Foto: JBPM
Nahas membabitkan tiga kenderaan di Ulu Tiram pagi tadi. Foto: JBPM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di hadapan Pasaraya Today's Mall Ulu Tiram di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, seramai 21 anggota bomba dan empat jentera termasuk dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan Kota Tinggi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.07 pagi.

"Seorang mangsa yang tersepit di dalam Proton Exora disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga lagi mangsa di dalam kereta itu juga cedera.

"Turut cedera seorang wanita dewasa di dalam kereta Perodua Myvi, seorang lelaki dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki di dalam kereta Perodua Kelisa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan kenderaan yang terbabit dengan nahas tiga kenderaan di Ulu Tiram pagi tadi. Foto: JBPM
Keadaan kenderaan yang terbabit dengan nahas tiga kenderaan di Ulu Tiram pagi tadi. Foto: JBPM

Katanya, identiti kesemua mangsa masih belum diketahui dan operasi ditamatkan pada jam 8.32 pagi.

Artikel Berkaitan: