Sekolah ditutup tak dibenar operasi sekurang-kurangnya 14 hari

Muslimin melepaskan peserta konvoi IOW Merdeka 2020 Negeri Selangor di Stadium Sungai Besar, hari ini.
Muslimin melepaskan peserta konvoi IOW Merdeka 2020 Negeri Selangor di Stadium Sungai Besar, hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - [DIKEMASKINI] Semua sekolah di Kedah dan Perlis yang ditutup berikutan penularan koronavirus (Covid-19) tidak dibenarkan dibuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan tempoh sebenar sekolah terbabit ditutup.

"Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat daripada KKM dan MKN, selagi itulah sekolah akan terus ditutup," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Konvoi Info On Wheels (IOW) Merdeka 2020 Negeri Selangor di Dataran Tonggak 9 Stadium Sungai Besar, di sini hari ini.

Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, bagi murid yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat penutupan itu mereka akan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui 'home based learning'.

"Sesi pembelajaran kembali semula secara dalam talian dan kita telah maklumkan kepada semua guru supaya mengedarkan bahan cetak melalui pelbagai kaedah seperti hantar ke rumah murid," katanya.

Artikel Berkaitan: