Salah guna pas lawatan sosial, tiga wanita China ditahan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan tiga wanita warga China di sini, kerana disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Pengarah JIMNS, Mohammed Khalil Ali berkata, kesemua wanita berusia 28 hingga 48 tahun itu ditahan dalam OPS JAJA di tapak pasar pagi Rahang dekat sini, yang turut disertai 15 anggota pasukan berkenaan.

“Dalam operasi pada 9.40 pagi tadi, sembilan warga asing yang bekerja sebagai jurujual pelbagai barangan di pasar tersebut diperiksa dan daripada itu, tiga wanita ditahan.

“Mereka disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan kesemuanya dihantar ke Depot Tahanan Lenggeng untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: