Projek balak RM27 juta: SPRM reman tiga individu termasuk Datuk

Pegawai SPRM mengiringi suspek untuk permohonan reman di mahkamah hari ini.
Pegawai SPRM mengiringi suspek untuk permohonan reman di mahkamah hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan reman selepas dipercayai memberi dan menerima suapan RM3 juta membabitkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta.

Individu bergelar Datuk berkenaan yang merupakan bekas ahli lembaga pengarah syarikat berusia 73 tahun direman tiga hari bermula hari ini manakala dua individu iaitu pengarah syarikat berusia 39 dan 57 tahun direman selama empat hari.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga individu berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, lewat petang semalam.

Menurut sumber, projek bernilai lebih RM27 juta itu merupakan pengambilalihan projek pembalakan seluas 6,591.67 ekar di salah satu daerah di negeri Pahang pada 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Pegawai SPRM mengiringi suspek untuk permohonan reman di mahkamah hari ini.
Pegawai SPRM mengiringi suspek untuk permohonan reman di mahkamah hari ini.

Artikel Berkaitan: