X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan akan bincang naik taraf Jambatan Muhibah

Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar Fail)
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan membuat perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan melibatkan isu menaik taraf Jambatan Muhibah di Jeli yang kini didakwa tidak mampu menampung berat muatan berlebihan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya juga akan memohon agar usaha menaik taraf dapat dilakukan bagi memastikan Jambatan Muhibah antara Bukit Bunga (Jeli)- Buketa (Thailand) itu dapat beroperasi seperti jambatan-jambatan yang lain.

“Kita mengambil kira pandangan dan masalah yang berlaku. Memandangkan ia projek kerajaan Persekutuan, kita akan merujuk masalah ini kepada kerajaan Pusat,” katanya.

Terdahulu, Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) mengemukakan soalan tambahan kepada kerajaan berkenaan masalah tersebut memandangkan ia masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun sudah dimajukan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ia menjadi halangan untuk kenderaan keluar masuk memandangkan jambatan berkenaan tidak boleh menampung berat berlebihan dan kenderaan berat.

“Saya difahamkan, peruntukan untuk membina jambatan berkenaan adalah dari kerajaan Pusat dan kerajaan Thailand.

“Oleh sebab itu kita berharap kerajaan negeri dapat segera menyelesaikan masalah ini dengan menaik taraf jambatan berkenaan sekali gus mampu digunakan oleh kenderaan berat,” katanya.

Ketika ditemui di luar dewan, Adhan memberitahu, panjang jambatan tersebut lebih kurang 500 meter dan naik taraf juga perlu dipercepatkan bagi memenuhi keperluan sebenar antara dua negara.

"Jika tidak, masalah kesesakan di Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam tidak akan selesai," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!