X

Kindly register in order to view this article
!

Boustead saman bekas kepimpinan syarikat lebih RM35 juta

Boustead Holdings Berhad (Boustead) - Foto sumber internet
A
A

KUALA LUMPUR - Boustead Holdings Berhad (Boustead) memfailkan saman lebih RM35 juta terhadap bekas pengerusi, Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, bekas pengarah urusan, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dan empat yang lain kerana didakwa melanggar tugas fidusiari di bawah Akta Syarikat.

Boustead, selaku plaintif tunggal mengemukakan saman itu melalui Tetuan Christopher & Lee Ong pada 29 Jun lalu.

Selain Mohd Ghazali dan Che Lodin, syarikat itu turut menamakan bekas pengarah, Datuk Azzat Kamaluddin, Datuk Tan Leh Kiah, Datuk Seri Ghazali Mohd Ali dan Datuk Wira Dr Megat Abdul Rahman Megat Ahmad sebagai defendan.

Dalam writ samannya, Boustead menuntut pengisytiharan bahawa defendan secara bersama bertindak cuai keterlaluan, melanggar kewajipan fidusiari sebagai pengarah dan/atau pegawai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan/atau Akta Syarikat 2016.

Boustead juga menuntut pengisytiharan bahawa defendan secara bersama membayar £6.4 juta (RM35.131 juta) kepada plaintif atau jumlah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah untuk dibayar dalam Ringgit Malaysia setara dengan tarikh pembayaran tersebut.

Plaintif juga menuntut ganti rugi setimpal, ganti rugi umum, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan punitif, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Kes itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Hakim Mahamah Tinggi Sivil, Datin Rohani Ismail yang memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Komersial). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!