Puluhan lembu 'terkandas' atas bumbung rumah

Kumpulan lembu yang 'terkandas' di atas bumbung sebuah rumah ketika berlindung daripada banjir di bandar Gurye di Korea Selatan. - Foto Agensi
Kumpulan lembu yang 'terkandas' di atas bumbung sebuah rumah ketika berlindung daripada banjir di bandar Gurye di Korea Selatan. - Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - Puluhan lembu 'berlindung' di atas bumbung rumah dan bangunan di Korea Selatan apabila negara itu berdepan banjir yang teruk pada minggu lalu.

Pasukan penyelamat bagaimanapun berdepan kesukaran untuk membawa turun kesemua haiwan tersebut ketika kejadian di bandar pertanian di Gurye selepas banjir kini mula surut.

Mereka kemudiannya terpaksa menggunakan kren untuk menurunkan seekor demi seekor lembu tersebut.

Haiwan tersebut terpaksa dibawa turun seekor demi seekor menggunakan kren. - Foto Agensi
Haiwan tersebut terpaksa dibawa turun seekor demi seekor menggunakan kren. - Foto Agensi

"Haiwan terbabit dipercayai mengharungi banjir ketika paras air semakin meningkat hingga berjaya naik ke atas bumbung rumah dan bangunan. Kesemua haiwan itu tidak berganjak dan terus berada di situ selama beberapa hari," kata salah seorang penduduk.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh veterinar ke atas lembu tersebut juga mendapati kebanyakan daripadanya menunjukkan simptom pneumonia.

Difahamkan, Korea Selatan telah ditenggelami banjir susulan hujan lebat berterusan selama beberapa minggu yang turut meragut 31 nyawa sejak awal bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: