Houthi serang Lapangan Lapangan Terbang Al-Rayyan Yemen untuk kali keempat

Militia pengganas Houthi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Rayyan di Mukalla untuk kali keempat. Foto: Anadolu
Militia pengganas Houthi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Rayyan di Mukalla untuk kali keempat. Foto: Anadolu
A
A
A

ISTANBUL - Kumpulan Houthi menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Rayyan pada awal Khamis di bandar Mukalla, ibu kota wilayah Hadramout, buat kali keempat dalam beberapa jam, menurut tentera Yemen, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap rasmi tentera, Mejar Jeneral Majed al-Nuzaili berkata, "militia pengganas Houthi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Rayyan di Mukalla untuk kali keempat,” menurut September Net, sebuah laman web yang bergabung dengan Kementerian Pertahanan Yemen.

Dalam satu kenyataan, Nuzaili berkata, "menyasarkan lapangan terbang bertujuan untuk mengenakan sekatan ke atas rakyat Yemen," lapor laman web itu.

Al-Rayyan adalah antara lapangan terbang awam terpenting di Yemen, berkhidmat untuk jutaan orang di Hadramout dan wilayah lain.

Houthi belum mengulas mengenai serangan itu.

Pada Rabu, kumpulan itu menyerang Lapangan Terbang Al-Rayyan di wilayah Hadramout timur dengan tiga dron.

Menurut wartawan Anadolu, itu serangan pertama ke atas lapangan terbang berkenaan sejak peningkatan semula ketenteraan pada Julai lepas.

Saluran Saba yang dikendalikan kerajaan juga melaporkan bahawa Houthi telah menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aden di selatan Yemen dengan peluru berpandu balistik, tanpa memberikan butiran lanjut.

Penduduk tempatan memberitahu Anadolu mereka mendengar letupan kuat berhampiran lapangan terbang.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah serangan tentera berterusan kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa terhadap Houthi di barat daya Yemen.

Yaman dilanda konflik sejak Houthi merampas ibu kota Sanaa dan beberapa wilayah lain pada September 2014, mendorong pakatan pimpinan Arab Saudi untuk campur tangan pada Mac 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. - Bernama/Anadolu

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!