Dua pekerja maut ketika pasang kabel

Anggota bomba membantu mengeluarkan dua pekerja yang maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel di Jalan Bunga Raya, malam tadi.
Anggota bomba membantu mengeluarkan dua pekerja yang maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel di Jalan Bunga Raya, malam tadi.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dua pekerja maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel dekat Jalan Bunga Raya, Leisure Farm Resort, Gelang Patah di sini semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Anuar Mohd Amdzah berkata, sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 malam.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati dua mangsa berada dalam takungan air dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan kabel di situ.

"Anggota kemudian menaikkan dua mangsa berkenaan ke tebing selepas Tenaga Nasional Bhd (TNB) memotong aliran arus elektrik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Mohd Faizul Mohd Fauzi, 37, dan Shahlan Mohamed, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan kira-kira jam 10.05 malam.

Artikel Berkaitan: