Aksi kompetitif bantu Bunga Raya B-20 jelma karakter di Nepal

Skuad Bunga Raya B-20 lelaki negara yang menggalas cabaran dalam Kejohanan Ragbi 7s B-20 Asia di Kathmandu, Nepal
Skuad Bunga Raya B-20 lelaki negara yang menggalas cabaran dalam Kejohanan Ragbi 7s B-20 Asia di Kathmandu, Nepal
A
A
A

SIRI perlawanan persahabatan skuad ragbi tujuh sebelah (7s) bawah 20 tahun (B-20) negara termasuk menentang Singapura sebelum ini memberi impak positif kepada persediaan pasukan dalam mengharungi kempen Asia Ragbi B-20.

Malah pengendali skuad ragbi lelaki B-20, Syed Shazril Syed Mahadzir menyifatkan perlawanan kompetitif itu juga secara tidak langsung membentuk karakter para pemainnya bagi kejuaraan di Kathmandu, Nepal berkenaan.

“Semua pemain telah memberi komitmen terbaik dalam siri latihan sebelum kejohanan ini, malah persiapan awal menentang pasukan Bunga Raya 7s dan Singapura 7s sememangnya memberikan impak yang positif kepada para pemain.

“Ya, kita bermula baik sebelum kalah kepada Hong Kong, namun kemudian bangkit pada separuh akhir bagi laluan ke final.

“Saya percaya skuad ragbi B-20 negara berada di landasan terbaik menempa sejarah baharu siri tujuh sebelah, cuma perlu lebih banyak aksi pendedahan antarabangsa dalam proses ke arah itu,” katanya.

Skuad Bunga Raya 7s B-20 negara membuka kempen Siri Ragbi Asia B-20 dengan kemenangan ke atas India, 27-7 diikuti 44-0 ke atas tuan rumah, Nepal sebelum tunduk 5-26 kepada Hong Kong.

Dalam peringkat separuh akhir Cup, Bunga Raya B-20 menewaskan Taiwan, 21-12 sebelum terpaksa sekali lagi akur tewas 14-19 kepada Hong Kong dalam perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!