Sindiket seludup Pati tumpas

Suzaimi(dua kanan) turut memeriksan kenderaan yang dipercayai digunakan penyeludup untuk membawa masuk Pati warga Mnyamar ke Kelantan.
Suzaimi(dua kanan) turut memeriksan kenderaan yang dipercayai digunakan penyeludup untuk membawa masuk Pati warga Mnyamar ke Kelantan.
A
A
A

TANAH MERAH - Polis berjaya mematahkan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (Pati) yang dipercayai membawa masuk 18 warga Mnyamar ke Kelantan dalam satu serbuan di kawasan masjid Batu 11, Felda Kemahang di sini pagi Rabu lalu.

Operasi yang dijalankan sepasukan anggota risik Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuantan pada jam 12.15 pagi itu, menemui dua buah kenderaan jenis Proton Wira dan Toyota Fortuner dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemerhatian yang dilakukan selama 20 minit, mendapati sekumpulan lelaki dan perempuan dipercayai warga Mnyamar berada dalam dua kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, ketika anggota PGA menghampiri kenderaan terbabit dan menunjukkan kad kuasa polis, pemandu kereta Wira berkenaan bertindak melarikan diri.

“Manakala pemandu Toyota Fortuner berjaya ditahan walaupun seorang lagi pemandu meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam Proton Wira berkenaan, kita turut berjaya tahan lima lelaki dan seorang perempuan warga Mnyamar yang tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Mera di sini.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Medan Batalion 7, PGA Kuantan, Deputi Superintendan, Ab Aziz Che Embong.

Dalam tangkapan itu, Suzaimi berkata, pihak terbabit turut menemui seorang lelaki Cina warga tempatan, sembilan lelaki, dua kanak-kanak dan dua perempuan yang juga warga Mnyamar dalam kenderaan Toyota Fortuner.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua 18 Pati berkenaan berumur 13 hingga 37 tahun itu dibawa ke IPD Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan (APTISOM) 2007.