Anak harimau diberi nama Puntum, Teja dan Bayu

Tiga anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya panthera tigris jacksoni yang dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) pada 12 April lepas, secara rasmi dinamakan sebagai Puntum, Teja dan Bayu.

A
A
A

TAIPING - Tiga anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya panthera tigris jacksoni yang dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) pada 12 April lepas, secara rasmi dinamakan sebagai Puntum, Teja dan Bayu.

Nama anak harimau berkenaan diumumkan oleh selebriti tanah air yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin pada majlis sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan hari ini yang turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Nama Puntum diberikan kepada anak harimau jantan manakala Teja dan Bayu masing-masing diberikan kepada anak harimau betina yang kesemuanya berusia empat bulan.

Nama-nama berkenaan diperolehi menerusi tiga daripada 5,827 peserta Pertandingan Menamakan Tiga Ekor Anak Harimau anjuran ZTNS sempena Hari Harimau Sedunia pada 29 Julai lepas.

Terdahulu, Shamsul Anuar dalam ucapannya berkata, kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melaksanakan kempen Selamatkan Harimau Malaya secara berterusan untuk meningkatkan populasi spesies yang diancam masalah kepupusan menerusi penyelidikan serta program pembiakan.

Menurut beliau, kajian yang dijalankan mendapati populasi Harimau Malaya dianggarkan kurang daripada 200 ekor manakala populasi Gajah Asia di Semenanjung Malaysia pula kurang daripada 1,100 ekor.

Katanya, pengurangan populasi Harimau Malaya dan gajah adalah disebabkan beberapa faktor seperti pengurangan kawasan habitat dan keliaran akibat aktiviti pembukaan hutan serta perubahan guna tanah.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, Harimau Malaya dan gajah menjadi sasaran utama aktiviti pemburuan dan perdagangan haram disebabkan permintaannya yang tinggi di pasaran gelap," katanya. -Bernama