Kes Jata Negara: Polis sudah lengkapkan siasatan

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyiapkan siasatan berhubung kes penggunaan lambang Jata Negara pada pelapik kasut sebuah syarikat pengeluar kasut jenama di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hasil siasatan berkenaan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016 kerana kesalahan mengguna lambang, nama dan rupaan gambar, dengan tidak wajar.

“Selain itu, ia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance dan Hope In New Malaysia’, yang memaparkan imej Jata Negara diubahsuai di bahagian muka depannya kepada Pejabat Peguam Negara dan sedang menunggu arahan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: