X

Kindly register in order to view this article
!

Guan Eng tiba di mahkamah

Guan Eng tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng tiba dengan menaiki kereta Proton X70 warna hitam pada jam 9.06 pagi.

Turut kelihatan beberapa pemimpin DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Guan Eng memakai baju kot dan bertali leher warna merah serta memakai pelitup muka. Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah turut mengiringi beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng hadir ke SPRM sekali lagi

Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ke tiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy antara pemimpin DAP yang turut hadir bagi bersolidariti ke atas Guan Eng di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy antara pemimpin DAP yang turut hadir bagi bersolidariti ke atas Guan Eng di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!