Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam ini dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. 
-Foto Bernama
Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam ini dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. 
-Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang esok.

Menurut kenyataan media, SPRM telah mendapat keizinan daripada Peguam Negara bagi menuduh Guan Eng di mahkamah tersebut bagi kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Guan Eng juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Isnin ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.

Menurut kenyataan itu, Guan Eng juga akan dituduh bagi kes berlainan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Selasa ini.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebentar tadi.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan tiba di SPRM pada jam 9.10 malam ini menaiki kenderaan mewah jenis Vellfire berwarna putih.

Menurut SPRM, Guan Eng ditahan SPRM pada jam 9.30 malam.

"Beliau ditahan di lokap SPRM Putrajaya dan akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ke tiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.

SPRM turut memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan mereka.