Vandalisme di taman permainan...

Alatan permainan yang rosak di Dataran Banting akibat perbuatan vandalisme.
Alatan permainan yang rosak di Dataran Banting akibat perbuatan vandalisme.
A
A
A

BANTING - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kesal di atas perbuatan tidak bertanggungjawab individu merosakkan harta benda di taman permainan yang boleh mendatangkan musibah kepada pengunjung.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya mendapati pelbagai peralatan permainan yang disediakan telah dirosakkan.

Katanya, terdapat juga pengunjung yang membawa masuk basikal atau motosikal ke dalam kawasan taman permainan dan dataran sekali gus melanggar peraturan sedia ada dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung.

"Saya amat kesal di atas kejadian vandalisme yang berlaku.

Antara kerosakan alatan permainan di Dataran Banting akibat perbuatan vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab.
Antara kerosakan alatan permainan di Dataran Banting akibat perbuatan vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Untuk makluman, pada tahun 2018 pihak MPKL telah membelanjakan kos pembaikan sebanyak RM752,000 dan jumlah itu meningkat pada tahun 2019 dengan jumlah RM800,000 bagi membaiki peralatan-peralatan riadah yang ada di seluruh taman-taman permainan dan dataran di kawasan pentadbiran MPKL," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, adalah diharapkan kepada penduduk Kuala Langat agar bersama-sama menjaga kemudahan-kemudahan yang telah disediakan.

Tambahnya, sebarang maklumat terhadap pelaku vandalisme boleh disalurkan ke MPKL melalui talian 03-31872825 atau Sistem Pengurusan Aduan Selangor (SISPAA).

Artikel Berkaitan: