Yayasan Kasih Tauhid tegur usaha normalisasi LGBTQ

Program ‘Glamping With Pride’ anjuran kumpulan LGBTQ akan diteruskan di Hulu Langat.
Program ‘Glamping With Pride’ anjuran kumpulan LGBTQ akan diteruskan di Hulu Langat.
A
A
A

SHAH ALAM- Yayasan Kasih Tauhid mengajak penganjur program 'Glamping With Pride' untuk berusaha kembali kepada landasan hidup yang sihat dan halal oleh agama Islam.

Menurut kenyataan itu, kumpulan pro lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) yang dikenali sebagai Jejaka itu dinasihatkan untuk memikirkan lebih jauh terhadap penganjuran program berkenaan.

Tambahnya, mereka juga diminta lebih berhati-hati terhadap cubaan menormalisasikan kewujudan dan apa juga aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya LGBTQ.

"Walaupun kumpulan ini menyatakan haknya untuk keluar bersosial dan menikmati alam namun, hak itu ditegah dalam agama, bukan kita yang suka-suka menegahnya.

"Nasihat ini adalah kerana kasihkan anak-anak bangsa dan mahu membantu mereka memahami bahawa hidup terus-terusan dalam amalan hidup yang sonsang dan larangan agama bakal merugikan hidup dan boleh mengundang bencana kepada kita semua," katanya pada Sabtu.

Yayasan Kasih Tauhid menegaskan bahawa prinsip halal dan haram dalam Islam merupakan garis panduan jelas dalam membentuk kehidupan bermasyarakat.

"Sesungguhnya aturan hidup beragama Islam itu jelas hukum halal dan haramnya, jelas akan sebab dan akibatnya, maka pilihlah yang halal dan bersih dalam menjalani hidup.

"Kerana perlakuan kita yang sonsang dan dilarang agama akan membawa akibat yang berat bukan sahaja kepada pengamal tetapi juga kepada masyarakat umumnya.

"Lihatlah segala bencana ngeri yang berlaku dalam sejarah nasib kaum Luth dengan laut Mati, kota Pompei di Rom dan Palu di Sulawesi," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat hujung minggu depan tetap akan diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada Pas Selangor.

Program tersebut digambarkan sebagai satu retreat berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.

Ringkasan AI

  • Yayasan Kasih Tauhid menasihatkan penganjur program 'Glamping With Pride' agar mengikuti landasan hidup sihat dan halal menurut Islam
  • Kumpulan pro LGBT dinasihatkan untuk memikirkan semula penganjuran program tersebut
  • Mereka diminta untuk berhati-hati dalam menormalisasikan kewujudan dan aktiviti berkaitan dengan LGBT
  • Penegasan bahawa prinsip halal dan haram dalam Islam adalah penting dalam membentuk kehidupan bermasyarakat
  • Program 'Glamping With Pride' di Hulu Langat akan diteruskan walaupun mendapat bantahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!