Beg tangan Hermes dilelong lebih RM1 juta

Hermes
Hermes
A
A
A

LONDON - Bagi kebanyakan wanita, mereka akan cuba membeli sebuah beg tangan yang cantik walaupun harganya tinggi.

Justeru, tidak hairanlah jika sebuah beg tangan jenama Hermes mencipta rekod apabila ia dilelong menerusi online pada harga AS$300,000 (RM1,265,400) oleh firma Christie’s yang beribu pejabat di London baru-baru ini.

Menurut portal berita Independent pada 30 Julai lalu, beg Hermes Diamond Himalaya Birkin 25 dari sebuah rumah fesyen mewah Perancis itu adalah keluaran tahun 2016.

Ia jarang diperoleh dan diperbuat daripada kulit buaya yang terdapat di Afrika dan dihiasi dengan emas putih 18 karat dan berlian.

Beg tangan Hermes Diamond Himalaya Birkin itu adalah yang pertama dilelong menerusi online.

Namun, nama pembeli baharu tidak didedahkan tetapi ia menerima pembida dari 29 buah negara di seluruh dunia.

Sebanyak 34 peratus daripada pembida tersebut adalah yang pertama kali membuat bidaaan.

Ketua jualan beg tangan di Christie’s, Rachel Koffsky berkata: "Beg tangan Himalaya merupakan beg koleksi yang paling banyak disimpan di dunia. Ia mempunyai mutu ketukangan yang paling tinggi untuk membuatnya." - Agensi

Artikel Berkaitan: