Empat buah kereta disambar api

No Image Caption
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Empat buah kereta musnah terbakar selepas disambar api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kulim-Kampung Baru di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.52 petang itu, sebuah kedai dua tingkat yang terletak berhampiran kenderaan berkenaan terbakar dan menyebabkan api marak sehingga merebak kekawasan tempat letak kereta.

Struktur kedai yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak cepat dan memusnahkan keseluruhan bangunan terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, sebaik menerima laporan kejadian berkenaan, dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dan Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja pemadaman api.

No Image Caption

"Bangunan berkenaan dijadikan stor menyimpan bahan aluminium dan ketika jentera sampai mendapati kebakaran telah memusnahkan hampir 30 peratus bangunan terbabit.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 5.10 petang dan dipadamkan sepenuhnya 14 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Artikel Berkaitan: