Pemandu kereta maut dalam kejadian langgar lari

Kenderaan mangsa yang terbabas dan masuk ke dalam semak dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli pada Selasa.
Kenderaan mangsa yang terbabas dan masuk ke dalam semak dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pemandu kereta maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian jam 8.30 malam lelaki berkenaan sedang memandu dalam dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

Menurut beliau, ketika itu sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya dipercayai memasuki laluan mangsa.

"Akibatnya, kereta mangsa terbabas lalu masuk ke dalam semak sebelah kiri jalan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta saksi atau orang ramai tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.