Kes jerut isteri, polis rekod keterangan anak

Suspek dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih sebelum membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang. Gambar kecil:Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Suspek dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih sebelum membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang. Gambar kecil:Wan Kamarul Azran Wan Yusof
A
A
A

SEPANG - Anak kepada pasangan suami isteri dalam kes bunuh berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, di sini, telah direkod keterangannya oleh polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keterangan remaja perempuan berusia 14 tahun itu diambil pada 31 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

"Selain remaja itu, kita juga akan merekod keterangan beberapa individu lain untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di IPD KLIA hari ini.

Wan Kamarul turut mengulas, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa sebelum kejadian tersebut.

"Semakan dibuat dapati tiada laporan pernah dibuat mangsa mengaitkan sebarang masalah rumah tangga pasangan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kes tersebut selesai dan motif kejadian telah dikenal pasti.

Menjawab pertanyaan bahawa sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditugaskan untuk mencari bahan bukti kes terbabit di tasik Taman Putra Perdana, Noor Azam menjelaskan, pihaknya akan mencari bukti berkaitan kes.

"Apa sahaja bukti yang boleh sabitkan dengan perbuatan, kita akan dapatkan untuk siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 41 tahun direman bermula Jumaat sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Suspek dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih sebelum membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang.

Lelaki itu meletakkan mayat isterinya di tempat duduk pemandu dan mengambil dompet serta telefon mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan enjin dihidupkan.

Bagaimanapun katanya, lelaki berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun keluar menaiki Grab dan pergi semula ke lokasi terbabit pada Khamis jam 1.23 pagi sebelum menghubungi polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati