X

Kindly register in order to view this article
!

Polis pantau pematuhan SOP Covid-19 di kawasan Port Dickson

Anggota polis melakukan pemantauan di sebuah premis makanan di Port Dickson bagi memastikan setiap pengunjung mematuhi SOP ditetapkan.
A
A

PORT DICKSON - Polis mempergiatkan operasi dan pemantauan di sekitar bandar peranginan Port Dickson di sini terutama di kawasan tumpuan ramai bagi mengekang penularan wabak Covid-19

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menjalankan Ops Bersepadu Cegah Covid-19 yang dijalankan semalam di premis perniagaan dan hotel.

Operasi selama lima jam tertumpu di Teluk Kemang dan Pantai 3 Teluk Kemang itu membabitkan seramai 30 anggota dan pegawai penguatkuasa terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Kesihatan Daerah dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Sebanyak empat kompaun telah dikeluarkan atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Daripada jumlah

itu, dua kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenakan terhadap premis hotel di bawah Peraturan 10, Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mengambil dan merekod data peribadi termasuk suhu badan pekerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, polis turut mengeluarkan satu kompaun terhadap peniaga makanan di bawah peraturan sama kerana tiada penjarakkan fizikal satu meter dan penjarakkan meja kurang dua meter yang ditetapkan.

“Satu lagi kompuan dikeluarkan MPPD terhadap premis jualan cenderahati di sebuah hotel kerana tidak mempunyai lesen perniagaan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Melesen Tred 1982 UUK 3," katanya.

Beliau berkata, pematuhan terhadap SOP akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!