Petanda positif buat Arsenal

Pemain Arsenal meraikan kejayaan menjuarai Piala FA.
Pemain Arsenal meraikan kejayaan menjuarai Piala FA.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya kejayaan menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi tadi sebagai permulaan kepada lebih banyak kejuaraan yang akan dilakar The Gunners.

Menurutnya, dia melihat masa depan yang cerah buat pasukan itu untuk kembali menjadi kelab yang digeruni di Eropah.

“Ini adalah (kejuaraan) yang pertama. Kita perlu meraikannya. Pemain dan staf telah memberikan persembahan yang mengagumkan.

“Untuk musim depan, sudah tentu kami mengharapkan kejayaan yang lebih baik daripada ini dan ia akan menjadikan kami lebih bermotivasi.

“Buat saya secara peribadi, ini (kejayaan) adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam karier saya kerana kita tahu tahap kesukaran yang perlu dilalui. saya mempunyai misi untuk membuatkan semua pemain dan staf percaya mereka boleh melakukannya,” katanya.

Mikel Arteta
Mikel Arteta

Dalam perlawanan itu, Christian Pulisic terlebih dahulu meletakkan Chelsea di hadapan seawal minit kelima sebelum Arsenal bangkit menyamakan kedudukan menerusi penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-28.

Penyerang kelahiran Gabon itu sekali lagi muncul watak penting menjaringkan gol kemenangan buat The Gunners pada separuh masa kedua untuk memastikan Piala FA menjadi miliki kelab utara London itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Arteta juga yakin Aubameyang akan terus kekal di kelab tersebut apatah lagi khidmatnya amat diperlukan dalam mengharungi saingan msuim depan.

“Perlawanan besar memerlukan pemain berkualiti seperti dia. Dia telah membuktikan pada aksi separuh akhir yang lalu dan hari ini dia buktikannya lagi.

“Dia memerlukan lebih banyak pengalaman meraih trofi. Kami boleh membantunya untuk menyesuaikan dengan keadaan itu.

“Dia tahu apa yang saya fikirkan mengenainya, saya mahu membina skuad di sekelilingnya. Saya tahu dia mahu kekal, saat begini akan membantu dia menyedari serta percaya yang kami berada di landasan betul dan dia sebahagian besar daripadanya,” katanya.