Jangkitan Covid-19 di Selangor terkawal

Infografik yang dimuatnaik menerusi laman Facebook STFC.
Infografik yang dimuatnaik menerusi laman Facebook STFC.
A
A
A

SHAH ALAM - Jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Selangor dilaporkan masih berada dalam keadaan terkawal berdasarkan rekod kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh seminggu lalu bermula 25 sehingga 31 Julai lalu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebook hari ini memaklumkan gambaran bagi kes-kes baharu wabak berkenaan sepanjang tujuh hari lalu tidak menunjukkan sebarang pertambahan mendadak.

"Ini memberi isyarat bahawa jangkitan adalah terkawal. Terdapat dua hari yang merekodkan tiada kes baharu.

"Dan ini menunjukkan jika warga Selangor kekal berdisiplin, jangkitan ini mampu dikekang sepenuhnya," katanya.

Berdasarkan infografik berkenaan, terdapat tiga kes baru direkodkan di Selangor pada 25 Julai dan dua kes pada 29 Julai lalu, manakala satu kes direkodkan 27, 30 dan 31 Julai.

Selain itu, negeri ini juga tidak menunjukkan sebarang pertambahan kes baharu pada 26 dan 28 Julai.

Artikel Berkaitan: