31 kompaun langgar SOP PKPP dikeluarkan di Port Dickson

Operasi sekitar Port Dickson oleh pasukan pemantau SOP PKPP.
Operasi sekitar Port Dickson oleh pasukan pemantau SOP PKPP.
A
A
A

PORT DICKSON - Sebanyak 31 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikeluarkan dalam tempoh seminggu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kompaun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap individu yang berada di beberapa premis sekitar bandar Port Dickson, Lukut dan Teluk Kemang serta pantai.

"Operasi dilakukan oleh pasukan Petugas Pematuhan SOP PKPP terdiri daripada anggota polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan penguat kuasa Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.

“Kami juga menumpukan pemeriksaan di kawasan pantai yang kerap dikunjungi pelawat yang dibuka kepada orang awam sejak 13 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pasukan pemantau SOP PKPP Port Dickson melakukan pemeriksaan di beberapa premis di daerah itu.
Pasukan pemantau SOP PKPP Port Dickson melakukan pemeriksaan di beberapa premis di daerah itu.

Beliau berkata, dua kompaun turut dikeluarkan terhadap dua lelaki yang minum minuman keras sehingga mabuk di tepi pantai Sunshine Bay, Jalan Pantai Port Dickson, Sabtu lalu.

"Kami akan berterusan mendidik masyarakat agar mematuhi SOP PKPP sehingga 31 Ogos nanti.

"Operasi ini akan diperhebatkan pada hujung minggu dengan tumpuan dilakukan di sepanjang pantai Port Dickson dan hebahan serta amaran lisan telah diberikan oleh polis kepada orang awam yang berada di tepi pantai," katanya.

Artikel Berkaitan: