Sila log masuk terlebih dahulu.

Tuduhan sabotaj parti, Tajuddin beri tempoh seminggu atau tindakan undang-undang

A
A
A
MOJO LIVE 18 JUN 2023

[MOJO LIVE] Sidang media bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung fitnah dan tuduhan sabotaj parti semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15, di Ipoh, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu menuntut Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu berhubung dakwaan sabotaj pada kempen PRU15, tahun lalu.

Tajuddin berkata, tempoh itu diberikan berikutan kenyataan Khairul Azwan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu disifatkan sebagai melampau.

Beliau meminta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana dakwanya telah membuat tuduhan bahawa beliau sabotaj parti semasa PRU15 lalu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian