X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Negara berdepan keadaan lebih teruk jika kes Covid-19 meningkat: PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan iaitu wakil Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir Mohd Azali Rahmat (depan, dua kanan) pada majlis Penyerahan Lembu Korban pada Program Korban Perdana Aidiladha Peringkat Parlimen Pagoh di Pagoh Jaya hari ini. - Foto Bernama
A
A

MUAR - Negara akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk sekiranya kes positif koronavirus (Covid-19) meningkat secara mendadak, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Dalam keadaan kita rasa kita sudah menguruskan secara terbaik, masih ada berlaku (kes) dan terkini beberapa hari lalu kes Covid-19 meningkat. Dahulu dah turun ke paras satu digit dan naik pula ke dua digit, berdoalah jangan sampai tiga hingga empat digit.

“Apakah kita mahu ia kembali? Saya tidak fikir rakyat ingin kembali kepada keadaan kita mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga memaksa kita duduk di rumah, kilang kena berhenti (operasi), perniagaan tidak boleh diteruskan dan sekatan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Hari Raya Aidiladha Parlimen Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, bagi mengelakkan perkara itu yang akan membawa kesan lebih buruk termasuk menjejaskan ekonomi negara, rakyat tidak mempunyai pilihan selain terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“(Keadaan sebelum ini memaksa) sehingga kita memperuntukan pakej rangsangan Prihatin bernilai RM250 bilion iaitu satu jumlah yang tidak pernah disediakan oleh mana-mana kerajaan negara ini sebelum ini, bagi menguruskan masalah Covid-19 ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan Muhyiddin menyerahkan 74 ekor lembu yang disumbangkan pelbagai pihak, antaranya Tan Sri Muhyiddin Golf Charity, Yayasan Al-Bukhari dan orang perseorangan, kepada penduduk kampung dan agensi kerajaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!