X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan keluar kenyataan dalam masa terdekat

Petang tadi, bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
A
A

SHAH ALAM - Parti Warisan Sabah akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat berhubung kedudukan terkini kerajaan Sabah.

Menurut Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Loretto Padua, pihaknya akan memberikan kenyataan mengenai desas-desus kerajaan negeri pimpinan parti itu sudah tumbang.

"Kita akan keluarkan kenyataan dalam waktu terdekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Loretto Padua
Loretto Padua
ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan negeri baharu

Petang tadi, bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Ahli Dewan Undangan Sungai Sibuga itu mendakwa mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Beberapa ADUN yang dilihat bersama dengan Musa pada sidang akhbar tersebut ialah ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamis Samad; ADUN Balung, Datuk Osman Jamal; ADUN Inanam, Kenny Chua; ADUN Sebatik, Datuk Muis Picho dan ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!