Covid-19: Hampir sejuta individu disaring

Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Hampir sejuta individu telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini, Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 949,141 saringan.

"Daripada jumlah itu, 8,943 disahkan positif Covid-19," katanya pada sesi libat urus bersama media di sini hari ini.

Menurutnya, hampir separuh kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan individu dalam siasatan (PUI) dan mereka mempunyai kontak rapat.

"Sebanyak 4,559 kes positif dikesan daripada PUI manakala 3,375 kes terdiri daripada Kluster Perhimpunan Sri Petaling," katanya.

Beliau berkata, KKM mengesan 258 kes positif hasil daripada aktiviti pengesanan aktif.

"Sehingga kini KKM turut merekodkan 751 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya.

Wabak yang bermula di Wuhan, China pada Disember tahun lalu telah menjangkiti 16.49 juta individu seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Ia juga mengakibatkan 654,327 kematian.