Jadual feri dikurangkan kepada satu waktu

Jadual waktu feri dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim diubah bermula 28 hingga 30 Julai ini.
Jadual waktu feri dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim diubah bermula 28 hingga 30 Julai ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Jadual waktu perjalanan feri dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi kedua-dua hala akan dijadikan satu waktu sahaja bermula 28 hingga 30 Julai ini berikutan masalah teknikal enjin feri.

Ketua Rapid Ferry, Osman Amir berkata, pembatalan perjalanan feri itu membabitkan dua waktu pada setiap jam kerana hanya satu feri yang dibenarkan beroperasi daripada Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi trip pergi dan balik.

Menurutnya, bagaimanapun, waktu perjalanan akan diumumkan di laman Facebook Rapid Ferry.

"Sekiranya terdapat penambahan waktu jadual perjalanan atau maklumat lain, kita akan umumkan di Facebook dari masa ke masa.

"Saya mewakili Rapid Ferry memohon maaf di atas kesulitan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebagai operator pengangkutan awam di Pulau Pinang, Rapid Ferry mengambil langkah proaktif dalam memastikan penumpang terus mengamalkan amalan normal baharu seperti disarankan kerajaan.

"Bagi memastikan tahap kebersihan feri berada di tahap optimum, Rapid Ferry sentiasa memastikan semua feri yang beroperasi dicuci dan disanitasi setiap hari selepas waktu operasi.

"Langkah ini penting dalam memastikan penumpang yakin dan selesa untuk menggunakan perkhidmatan feri. Selain itu, setiap penumpang diwajibkan memakai pelitup muka, mengamalkan tahap kebersihan tinggi dan terus membuat kawalan kendiri dengan mengekalkan jarak sosial yang selamat dengan tidak bersentuhan antara satu dengan lain,” katanya.

Artikel Berkaitan: