X

Kindly register in order to view this article
!

Najib bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Foto ROSLI TALIB
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi mendapati pihak pembelaan yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu ketika membaca keputusan penghakimannya sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hukuman sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pada jam 11 pagi tadi, mahkamah mendapati pasukan Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tuduhan salah guna kuasa namun belum mengumumkan hukuman yang bakal dihadapi oleh Najib.

Ketika ini, Mohd Nazlan masih membaca baki tiga lagi pertuduhan lain yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!