Makan nasi goreng basi, 17 murid keracunan

Semua murid dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi.
Semua murid dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi.
A
A
A

IPOH - Sekurang-kurangnya 17 murid sebuah sekolah rendah di Manjoi mengalami gejala keracunan makanan, hari ini.

Kesemua mereka dilapor mengalami sakit perut, muntah dan cirit birit selepas makan nasi goreng di kantin ketika waktu rehat kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, murid yang terlibat dari tahun 4, 5 dan 6 itu sudah dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi dan dilaporkan stabil.

Seorang mangsa yang ditemui berkata, dia dan rakannya mengambil hidangan nasi goreng ketika waktu rehat.

"Nasi goreng itu rasanya masam, tapi kami makan juga sebab dah bayar.

"Lepas makan saya sakit perut, tapi sekarang dah lega, doktor cakap kami keracunan makanan," katanya.

Dia berkata, terdapat juga murid lain yang makan di kantin sekolah tetapi tidak mengalami gelaja keracunan makanan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengesahkan kes keracunan makanan itu berlaku.

Artikel Berkaitan: