Kluster tapak pembinaan di Sarawak diisytihar tamat

Kluster Tapak Pembinaan di Sarawak telah diisytiharkan tamat setelah 28 hari tiada kes baharu dicatatkan.
Kluster Tapak Pembinaan di Sarawak telah diisytiharkan tamat setelah 28 hari tiada kes baharu dicatatkan.
A
A
A

KUCHING - Kluster Tapak Pembinaan di Sarawak telah diisytiharkan tamat setelah 28 hari tiada kes baharu dicatatkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes terakhir melibatkan kluster ini yang dilaporkan pada 24 Jun, telah didiscaj pada 6 Julai lepas.

Manakala kluster yang masih aktif adalah Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, Kluster Jeti Kuching dan Kluster Sentosa.

Sarawak hari ini merekodkan sembilan kes positif koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 623 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: