Penolong pengurus GLC ditahan terima rasuah RM100,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM100,000.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada kira-kira pada 8 malam tadi di pejabat SPRM Kuala Lumpur selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, suspek yang juga pemilik sebuah syarikat dikatakan menerima wang itu daripada dua syarikat pembekal menerusi akaun syarikat miliknya itu sebagai upah membantu pembekal terbabit mendapatkan tender pembekalan tiang besi kepada GLC itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada esok untuk permohonan reman. - Bernama

Artikel Berkaitan: