Angka melonjak, 18 kes baharu Covid-19 dilaporkan

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes baharu positif Covid-19 melonjak kepada 18 kes termasuk enam penularan dalam negara membabitkan rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 ialah 8,755 kes.

"Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya.

Menurutnya, penularan dalam negara membabitkan rakyat tempatan dikesan di Sarawak dan Terengganu.

"Empat kes baharu di Sarawak dan dua disahkan positif dalam kalangan Kluster Pitakwa, Terengganu," katanya.

Beliau berkata, kes aktif yang sedang diasingkan di hospital sebanyak 92 kes.

"Tiga pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kadar kematian berkaitan Covid-19 kekal sebanyak 122 kes.

Artikel Berkaitan:

"Tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini," katanya.

Menurutnya, tiga pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 8,541 kes iaitu bersamaan 97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.