X

Kindly register in order to view this article
!

Terkejut lihat kucing dibaham biawak besar

Biawak yang dilaporkan membaham seekor kucing berjaya ditangkap APM Kinta hari ini.
A
A

IPOH - Seorang lelaki terkejut melihat seekor biawak besar telah membaham kucingnya di sebuah rumah di Taman Desa Tambun di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari lelaki berusia 42 tahun itu pada jam 3 petang sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinta.

Pegawai APM Daerah Kinta, Kapten (PA) Muhammed Ameen Salleh Mura berkata, lima anggota APM yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati haiwan liar itu berada di bahagian belakang rumah penduduk terbabit.

"Operasi diteruskan dengan menangkap reptilia sepanjang 2.1 meter itu menggunakan penjerut.

"Operasi mengambil masa lebih 30 minit kerana haiwan itu sangat agresif dengan melibaskan ekornya sebelum berjaya ditewaskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, biawak dianggarkan seberat 70 kilogram itu adalah terbesar yang pernah ditangkap anggota APM.

"Haiwan ini boleh menyerang mangsanya sekiranya berasa terancam.

"Biawak yang ditangkap itu kemudiannya dibawa balik ke pejabat APM Kinta sebelum dilepaskan ke habitat asalnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus