Tanah runtuh: Siasatan terperinci di lokasi kejadian hari ini

Seramai 76 mangsa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh di hadapan pintu masuk Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Selasa.
Seramai 76 mangsa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh di hadapan pintu masuk Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR -Agensi penyelamat dalam insiden tanah runtuh di Bukit Tunku dijadual bermesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang ini.

Pasca mesyuarat tersebut, satu sidang media turut dijadual diadakan pada jam 5.30 petang.

Dalam pada itu, pihak teknikal terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta beberapa agensi lain akan melakukan siasatan terperinci di lokasi kejadian.

Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.