Brazil lapor hampir 1.9 juta kes Covid-19

Sebanyak 20,286 kes jangkitan baharu dicatatkan di Brazil. - Foto Reuters
Sebanyak 20,286 kes jangkitan baharu dicatatkan di Brazil. - Foto Reuters
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Brazil pada semalam melaporkan sebanyak 1,884,967 kes positif koronavirus (Covid-19) dan wabak itu kini sudah meragut hampir 72,883 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Terkini sebanyak 20,286 kes jangkitan baharu dicatatkan dengan 733 pesakit meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan.

Sejak wabak itu mula melanda negara ini, seramai 1,154,837 pesakit sudah pulih.

Sao Paulo, negeri padat dengan penduduk, paling teruk terjejas menyaksikan 374,607 kes jangkitan dan 17,907 kematian, diikuti Rio de Janeiro (132,044 kes) dan (11,474 kematian) dan Ceara (137,206 kes) dan (6,947 kematian).

Brazil negara kedua paling teruk diancam di dunia selepas Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan: