Dua cedera, melecur alat pengimpal meletup

Peralatan kimpalan meletup mengakibatkan dua pekerja cedera dalam sebuah bengkel di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor hari ini.
Peralatan kimpalan meletup mengakibatkan dua pekerja cedera dalam sebuah bengkel di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pekerja kimpalan cedera dan melecur apabila peralatan kimpalan mereka tiba-tiba meletup dalam sebuah bengkel di Bandar Tenggara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 12.43 tengah hari, Johan Ahmad, 42, cedera di bahagian kaki manakala Mohd Redzuan Zainon, 36 melecur pada badan.

Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi serta BBP Kulai dikejarkan ke tempat kejadian.

Mereka dibantu dua jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu Fire Rescue Vehicle (FRV) dan satu Utiliti Toyota Hilux.

Ketua Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, sejurus tiba operasi pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kebakaran benar-benar sudah padam.

"Pihak bomba memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum dibawa ambulan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: