X

Kindly register in order to view this article
!

Selepas ikan salmon, China salahkan udang import pula

Keputusan positif itu diperoleh daripada bahagian luar dan dalam bungkusan udang dari tiga kilang milik Ecuador. - Foto: Agensi
A
A

BEIJING - China mendakwa ujian ke atas sampel udang yang diimport menunjukkan positif koronavirus (Covid-19).

Beijing sebelum ini menyalahkan ikan salmon diimport dari Norway sebagai punca penularan gelombang kedua virus tersebut dan menjangkiti 335 individu di sekitar ibu negara pada bulan lalu.

Pentadbiran Umum Kastam memaklumkan keputusan positif itu diperoleh daripada bahagian luar dan dalam bungkusan udang dari tiga kilang milik Ecuador dan ia kini menggantung import sumber makanan sejuk beku tersebut.

"Keputusan ujian itu tidak bermakna virus tersebut boleh menular namun ia mencerminkan kelemahan peraturan keselamatan makanan di syarikat tersebut," kata Pengarah Biro Keselamatan Makanan Import dan Eksport di Jabatan Kastam, Bi Kexin.

Menurutnya, kastam akan memperketatkan kawalan terhadap rangkaian makanan sejuk beku yang diimport.

Pihak berkuasa kastam juga telah menjalankan ujian ke atas 227,934 sampel dan keputusan selebihnya ialah negatif.

Difahamkan, udang yang diuji positif Covid-19 itu telah dibawa ke pelabuhan Dalian dan Xiamen untuk dimusnahkan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus