ADUN Rahang keluar DAP

Mary Josephine - Foto Sumber Internet
Mary Josephine - Foto Sumber Internet
A
A
A

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman mengenai peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini.

Katanya, beliau menerima surat tersebut pada pagi ini di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar oleh pegawainya.

"Kita menghormati keputusan beliau walau pun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

"Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil)," katanya kepada Sinar Harian.

Dimaklumkan satu sidang akhbar khas oleh ADUN Rahang akan diadakan pada jam 11 pagi ini.

Artikel Berkaitan: