PRN: DAP sokong Aminuddin calon MB Negeri Sembilan

Anthony bersama Aminuddin ketika hadir pada Majlis Makan Malam DAP PRN Negeri Sembilan pada Jumaat.
Anthony bersama Aminuddin ketika hadir pada Majlis Makan Malam DAP PRN Negeri Sembilan pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - DAP Negeri Sembilan menyatakan sokongan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terus diberi peluang menerajui kepimpinan negeri itu sebagai Menteri Besar sekiranya Kerajaan Perpaduan dapat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiusaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau akan membawa usul tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.

"Malam ini saya umumkan DAP akan tetap sokong Aminuddin sebagai Menteri Besar. Ini sokongan dan komitmen kita kepada beliau.

"Kita sokong Aminuddin kerana dia telah buktikan dia seorang Menteri Besar yang bukan saja taat kepada perjuangan, tapi kasih kepada rakyat, prihatin kepada negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP PRN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dan Aminuddin.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, Aminuddin juga telah membuktikan yang beliau seorang Menteri Besar yang adil kepada semua rakyat di Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama.

Dalam pada itu Anthony berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Neger i(ADUN) Pakatan Harapan (PH) juga telah membuktikan yang mereka tidak membelakangkan amanah rakyat dengan tidak menjadi 'katak politik'.

"Kita kekal selama lima tahun dan bila 'Langkah Sheraton' berlaku ramai kata yang kerajaan Negeri Sembilan akan tumbang dan Menteri Besar akan digulingkan.

"Tapi kita buktikan di seluruh negara yang kita mendokong Aminuddin menjadi Menteri Besar cukup satu penggal, malah lebih lima tahun.