Elak surau jadi tempat gelandangan

Mohd Masni
Mohd Masni
A
A
A

SEGAMAT - Aspek kebersihan dan kemudahan surau di Terminal Pengangkutan Bas Segamat sememangnya dititik beratkan Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

Yang Dipertua MPS, Mohd Masni Wakiman berkata, infrastruktur rumah ibadat itu sentiasa dipelihara termasuk penjagaan daripada segi kebersihan dan penyelenggaraan.

Bagaimanapun, katanya, kemudahan itu tidak boleh disediakan secara terbuka untuk tempoh 24 jam kerana mengambil kira soal keselamatan.

“Surau di terminal ini dibuka seawal jam 12.30 tengah hari sehingga ke tengah malam dengan diuruskan oleh penjaga tandas di terminal ini. Surau terpaksa dikunci kerana kita mengambil kira risiko lain antaranya nak elakkan gelandangan tidur dan mengotorkan surau.

“Kita juga bimbang sekiranya ia dibuka tanpa mengira waktu berkemungkinan boleh mengundang kejadian lain ekoran sesiapa sahaja boleh keluar masuk surau secara sesuka hati tambahan pada waktu tengah malam tambahan keadaan terminal yang sunyi,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, beliau berkata, cadangan pengadu yang meminta agar surau dibuat di bangunan berasingan bukan keputusan mudah.

“Ia tertakluk pada bajet dan kemampuan kewangan MPS selain terdapat kawasan yang sesuai di terminal. Untuk pengetahuan, MPS telah mengambil kira perkara ini sejak sekian lama dan perancangan kami adalah, sebuah surau yang lebih kondusif akan disediakan sebaik siap terminal keretapi KTM (projek landasan keretapi berkembar).

“Projek berhampiran terminal bas pada masa akan datang ini berkemungkinan turut merangkumi pembinaan surau dan boleh dijadikan sebagai surau gunasama bagi pengguna terminal keretapi dan perhentian bas ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: