Madrasah tahfiz jadi tempat simpan 100 kg daun ketum

Plastik disyaki mengandungi daun dan cecair ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Ketereh.
Plastik disyaki mengandungi daun dan cecair ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Ketereh.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan memproses, menjual dan menyimpan daun ketum dalam dua serbuan berasingan di sebuah rumah dan madrasah tahfiz di Batu 11, Ketereh dekat sini pada Selasa.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan pertama di Jalan Tali Air Kampung But kira-kira jam 9 malam itu, polis menahan empat lelaki berusia 20-an.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 20 bungkusan plastik berisi kira-kira 20 liter cecair ketum, empat bungkusan plastik berisi daun hijau disyaki daun ketum dianggarkan seberat 40kg dan satu kotak rokok yang berisi pil disyaki pil kuda.

"Selain itu turut dirampas satu periuk besar berisi air rebusan yang disyaki air ketum yang dianggarkan sebanyak 10 liter bersama-sama dua tong gas dan satu dapur gas.

"Tangkapan empat lelaki itu juga membawa kepada serbuan kedua di sebuah madrasah yang turut menemui sepuluh bungkus plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 100 kilogram," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Plastik disyaki mengandungi daun ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah madrasah tahfiz.
Plastik disyaki mengandungi daun ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah madrasah tahfiz.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek positif dadah manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Tambah beliau kesemua suspek kini direman bermula 19 Julai hingga 22 Julai ini.