X

Kindly register in order to view this article
!

Kastam rampas tayar tiruan bernilai RM122,550

Tayar tiruan yang dirampas selepas menahan sebuah treler di Senai, Johor Bahru pada 26 Jun lalu.
A
A

MUAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan sebuah treler dan merampas 437 biji tayar tiruan dianggar bernilai RM122,550 di Senai, Johor Bahru pada 26 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM, Datuk Johari Alifiah berkata, treler berkenaan ditahan pada jam 10.30 malam.

"Pemeriksaan ke atas treler berukuran 40 kaki itu menemui sejumlah tayar pelbagai saiz dan jenama. Pemandunya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengimportan apabila diminta.

"Anggaran duti atau cukai terlibat adalah sebanyak RM52,696.50," katanya dalam sidang media di Kompleks JKDM Muar di sini hari ini.

Johari pada sidang media rampasab tayar tiruan dan arak tiruan dalam tiga serbuan berasingan di Kompleks JKDM Muar, Muar hari ini.
Johari pada sidang media rampasab tayar tiruan dan arak tiruan dalam tiga serbuan berasingan di Kompleks JKDM Muar, Muar hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana terlibat mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan dengan apa-apa barang larangan dengan niat menipu kerajaan.

Dalam pada itu, Johari berkata, beliau meminta kerjasama orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan terutama rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi kehilangan hasil malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Katanya, orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf