Kadar jangka pendek ditutup kukuh

BNM
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM29.62 bilion daripada RM32.55 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM11.94 bilion daripada RM17.95 bilion.

Terdahulu, BNM telah menjalankan satu lelongan matang, satu tender lelongan matang Qard dan satu Program Komoditi Murabahah.

Pada jam 4 petang, bank pusat itu menjalankan satu tender pasaran wang konvensional RM28.60 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah bernilai RM11.90 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

BNM mengkaji semula tender semalaman konvensional daripada RM24.6 bilion kepada RM28.6 bilion.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu ditambat masing-masing pada 3.26, 3.30 dan 3.35 peratus. - Bernama