CIMB naikkan kadar asas 0.25 peratus mulai 9 Mei ini

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada 9 Mei, 2023.

A

Dalam kenyataannya, kumpulan perbankan itu berkata, ini selaras dengan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada 3 Mei, 2023.

Pada masa sama, semua kemudahan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. - Bernama